Setiap 1 beg darah yang anda dermakan akan diproses dan dibahagikan kepada 3 komponen utama iaitu (plasma, sel darah merah, dan platlet).
1. Plasma (55%)
Pengguna: Imunodefisiensi Primer, hemofilia, pesakit terbakar, renjatan, gangguan pendarahan, Kawasaki, HIV, dan lain-lain.
2. Sel Darah Merah (40-45%)
Pengguna: Trauma, pembedahan, Anemia, sebarang kehilangan darah, gangguan darah, seperti sel sabit, dan lain-lain.
3. Platlet (1%)
Pengguna: Rawatan kanser, Leukemia, pemindahan organ, pembedahan utama, gangguan autoimun dan lain-lain.