Pada 11 Jun 2024, MYPOPI telah menjalinkan usahasama bersama @kementeriankesihatanmalaysia bagi menerbitkan e-Majalah MyHealth for Life Edisi Jun 2024. Majalah ini telah disiarkan secara rasmi di dalam Laman rasmi info sihat dan portal MyHealth.
Dalam edisi ini, MYPOPI dan MRDS diberi peluang untuk berkongsi tentang penyakit jarang jumpa secara umum dan temuramah bersama keluarga penyakit jarang jumpa Malaysia.
Jom selak dan baca pada halaman 38 hingga 41 untuk menelusuri kisah perjuangan dan harapan keluarga Siti Aminah yang bertajuk “Mengharungi Liku Cabaran Bersama Iskandar, Penghidap Hyper IGM Syndrome ”.
Terima kasih @myhealthkkm atas peluang yang diberi ini.
Ketahui lebih lanjut dalam e-majalah MyHealth for Life edisi Jun 2024 disini.