Syabas dan Tahniah kepada Pusat Perubatan USM Bertam di atas penganjuran Program Minggu Kesedaran Penyakit Imunodefisiensi Primer Sedunia 2024. MYPOPI berbesar hati dan terharu atas peluang dapat berkolaborasi bersama-sama dengan pihak Pusat Perubatan USM Bertam selama 3 hari di kawasan lembah Utara, Pulau Pinang.
Sambutan Program Minggu Kesedaran Penyakit Imunodefisiensi Primer Sedunia di PPUSM Bertam sangat menggalakkan dengan kehadiran para peserta yang hadir, antaranya terdiri dari pihak profesional perubatan , para pesakit PID, saudara-mara serta para ibu bapa pesakit PID.
Presiden MYPOPI, En. Bruce Lim memberi penyampaian ceramah pada hari ketiga program untuk slot sesi memperkenalkan persatuan MYPOPI kepada para peserta yang hadir. Turut disediakan juga satu sesi perkongsian daripada wakil keluarga, iaitu 2 Ibu kepada pesakit PID bagi berkongsi kisah dan pengalaman anak-anak mereka menghadapi cabaran membesarkan pesakit PID.
Ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi menyokong aktiviti jualan amal dengan pembelian T-shirt dan membuat sumbangan derma untuk Tabung Kebajikan Pesakit. Tidak lupa juga kepada para keluarga PID yang berdaftar sebagai ahli baru MYPOPI.