Silent killer: Penyakit Imunodefisiensi Primer
Penyakit Imunodefisiensi Primer (PID) merupakan salah satu penyakit genetik yang dikategorikan dalam “Rare Disease”; Penyakit Jarang Jumpa. Pesakit PID akan mengalami gangguan bahagian sistem imun sehingga mudah terdedah dan dijangkiti oleh bakteria,virus dan pelbagai penyakit lain.
Buku ini menceritakan tentang perjalanan kehidupan pesakit yang telah didiagnosis mengalami Penyakit Imunodefisiensi Primer (PID) dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran. Antara yang dibincangkan adalah apa yang terjadi selepas diagnosis penyakit ini, mengungkap perjuangan pesakit PID dalam mencari rawatan, menyusun semula kehidupan mereka, dan menjalani kehidupan harian yang unik dan berbeza dari individu yang memiliki kesihatan normal.
Buku ini bukan hanya sebagai sumber maklumat mengenai penyakit, tetapi juga sebagai panduan untuk meningkatkan kesedaran dan memberi inspirasi kepada individu yang mengharungi perjalanan yang serupa. Melalui setiap halaman, pembaca boleh merenung, memahami, dan bersimpati terhadap kehidupan yang penuh dengan ketabahan dan kekuatan ini
Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Persatuan Pesakit Imunodefisiensi Primer Malaysia (MYPOPI), buku ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penyakit merbahaya ini, tetapi juga menjadi satu langkah proaktif untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan di mata pembaca umum.