Anda harus berwaspada jika mengalami jangkitan seperti berikut:
- Teruk: Memerlukan rawatan di hospital atau antibiotik secara intravena.
- Berlarutan: Tidak pulih sepenuhnya atau pulih secara perlahan.
- Bukan tipikal: Disebabkan oleh organisma yang luar biasa.
- Berulang: Mendapat jangkitan yang sama berulang kali.
- Berlaku di dalam keluarga: Ahli keluarga anda mudah mendapat jangkitan yang sama.
- Jika mana-mana yang dinyatakan ini menggambarkan perihal jangkitan anda, segera sebagai lakukan pemeriksaan doktor di mana anda mungkin menghidap penyakit Imunodefisiensi Primer.
- Penyakit ini disebabkan oleh kecacatan genetik dan boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira umur atau jantina.
- Penghidap penyakit ini juga mudah mendapat jangkitan dan masalah kesihatan yang menjurus kepada penyakit yang lebih serius.
- Dapatkan rawatan awal di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia berdekatan anda.
Diagnosis awal adalah sangat kritikal bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.