Syabas dan Tahniah kepada Jabatan Pediatrik, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM di atas penganjuran Program Inaugural National Nursing Symposium Clinical Immunology (N2CI). MYPOPI berbesar hati dan terharu atas peluang dapat berkolaborasi bersama-sama dengan pihak Jabatan Pediatrik, HSAAS, UPM.
Program Inaugural National Nursing Symposium Clinical Immunology (N2CI) di HSAAS, UPM sangat menggalakkan dengan kehadiran para peserta yang hadir, yang terdiri dari pihak profesional perubatan.
Presiden MYPOPI, En. Bruce Lim dijemput untuk memberi pandangan beliau dalam satu slot Forum: Seeking Support from Outside Hospital / Helping Hand kepada para peserta yang hadir. Turut disediakan juga satu sesi perkongsian daripada wakil keluarga, iaitu Naib Presiden MYPOPI, Puan Aminah iaitu Ibu kepada pesakit PID bagi berkongsi kisah dan pengalaman anak beliau menghadapi cabaran membesarkan pesakit PID. Pihak pengurusan juga turut menyediakan beberapa slot perkongsian daripada profesional perubatan untuk para peserta dan satu sesi lawatan ke makmal imunologi.
Ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi menyokong aktiviti jualan amal dengan pembelian T-shirt dan membuat sumbangan derma untuk Tabung Kebajikan Pesakit.